Tuesday 30 November 2010

perlu tahu tentang felda! - mainan pas


ANAK telah menyerahkan 20 aduan kepada Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan minta diselesaikan segera berdasarkan janji Ahmad Maslan bahawa sebarang aduan peneroka akan diselesaikan antara seminggu hingga dua minggu. Secara sinis, Mazlan Aliman Pengerusi ANAK menyindir Ahmad Maslan bahawa 20 aduan tersebut sudah berlarutan begitu lama, termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda. (MALAYSIAN INSIDER)



Penubuhan BAPAK di bawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Dalam satu kenyataan lain, Ahmad Maslan memaklumkan bahawa semenjak BAPAK ditubuhkan pada 8 November lalu, sebanyak 658 aduan telah diterima daripada peneroka.

Secara tidak langsung, apalah sangat dengan 20 aduan yang diserahkan oleh Mazlan Aliman sungguhpun dia berkata, itu hanyalah sebahagian kecil daripada aduan-aduan yang diterima oleh ANAK berbanding 658 aduan yang telah diterima oleh BAPAK sendiri.

Penubuhan BAPAK telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga peneroka untuk kebajikan mereka sendiri. ANAK dan BAPA yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman, yang cuba dijadikan sebagai kuda trojan dan kuda padi oleh PKR serta Pakatan Rakyat, terpinggir seandainya BAPAK berjaya menyelesaikan sebahagian besar daripada aduan yang mereka terima sebagaimana yang dijanjikan oleh Ahmad Maslan.

Sesuatu yang agak ketara di sini, apakah benar warga FELDA benar-benar berhadapan dengan masalah sehinggakan dalam tempoh yang singkat sahaja selepas penubuhannya, BAPAK menerima aduan yang sebegitu banyak? Apakah ini bermakna pengurusan FELDA di peringkat bawahan sememangnya bersikap seperti menikam dari belakang atau gunting dalam lipatan?

Sungguhpun FELDA telah berjasa besar kepada kelompok Melayu yang tidak mempunyai tanah dan hidup dibaluti kemiskinan, namun sikap segelintir kakitangan FELDA sendiri yang mewujudkan masalah sehingga diambil kesempatan oleh golongan penghasut seperti Mazlan Aliman menerusi ANAK dan BAPAnya.

Sama ada suka atau tidak, pengurusan tertinggi FELDA perlu 'berterima kasih' kepada Mazlan Aliman menerusi ANAK dan BAPAnya kerana dengan kewujudan ANAK dan BAPA, kebajikan peneroka dan warga FELDA baru dapat dihayati.

Satu tranformasi dan reformasi dalam pengurusan FELDA sendiri diperlukan agar peneroka tidak terlalu terikat dengan protokol dan prosedur untuk meluahkan kesulitan mereka. Justeru penubuhan BAPAK dilihat kena pada masanya memandangkan sebelum ini warga FELDA bagaikan tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sungguhpun FELDA menyediakan ruang dan saluran untuk mereka.

FELDA merupakan antara pengurus ladang terbaik dunia, malah pelaburannya sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara, memperlihatkan wawasan FELDA untuk menjadi gergasi dan konglomerat pertanian terbesar dunia.

Pun begitu, tanggungjawab sosialnya selepas menyediakan tanah, rumah dan segala-galanya kepada warga peneroka, tetap tidak dilupakan. Di sebalik pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada FELDA, terutama warga FELDA yang terhutang budi dengan skim yang diwujudkan semenjak zaman pentadbiran Tun Abdul Razak, terdapat beberapa pihak yang lain berasakan mereka boleh menggunakan ketidakpuasan hati atau kekecewaan warga FELDA sebagai alat pemuas nafsu politik mereka.

Apa lagi yang akan dilakukan oleh Mazlan Aliman dalam usahanya untuk mendapat tempat sebagai calon pada pilihanraya umum yang akan datang? Apatah lagi PKR telah pun menyediakan sejumlah dana untuk melakukan kerosakan dan memecah belahkan masyarakat FELDA dengan alasan, mereka hendak membela peneroka.

Apakah Mazlan Aliman akan membiarkan dirinya diliwat oleh Anwar Ibrahim dan PKR? Tidakkah dia melihat apa yang sedang berlaku kini apabila Anwar Ibrahim secara sinis mengenepikan Abdul Hadi Awang di dalam perancangannya sebagai Perdana Menteri? Sampai bila PAS, Mazlan Aliman, ANAK dan BAPA akan terus menjadi alas tapak kaki Anwar Ibrahim, PKR dan DAP? 

Sumber: The Flying Kick

No comments:

Post a Comment