Tuesday 25 December 2012

DOA SOLAT HAJAT ABANG NIK AZIZ

DARI BRO JINGGO 

Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm

Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...



DOA HAMBAMU YANG HINA INI YA ALLAH 

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"

PROJEK TERKINI YB KEDAH!


1. Utusan Malaysia semalam telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.  Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.   Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.   

2. Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya. 

3. Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.  

4. Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar.  Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar.   Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

5. Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang ‘menggila’ iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan.  Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



6. Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya.  Persoalannya, benarkah begitu?

7. Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: “kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.  Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang.”

8. Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka.    Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.   Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.”

9. Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui ‘tender terbuka’ tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut. 

10. Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan.  Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan. 

11. Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan.  Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL.  Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap ‘menggila’ sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali. 

12. Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka ‘buat tak tahu’.  Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang ‘tidak tahu apa-apa’ ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan. 

13. Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco.  Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.  

14. Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia semalam diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur.  Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri.  Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar. 

15. Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun.  Kata beliau: 

16. "Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

17.  "Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la.  Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

18. Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

19. Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."  

--- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

20. Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar ‘buat-buat tak tahu’?   Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur… 

21. Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.  

DAP tolong layan orang melayu baik-baik.

1. Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.

2. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

3. Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

4. Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.

5. Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.

6. Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.

7. Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut - Zairil Mohd Khir, yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar, seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.

8. Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.

Bumi dipijak milik orang


9. Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.

10. Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

11. Jika dilihat daripada evolusi Dap, ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

12. Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.

13. Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

14. Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan, Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.

15. Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.

16. Disebabkan ia anti-Melayu, maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

17. Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.

18. Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.

19. Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.

20. Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu.

21. Bayangkan betapa angkuh, sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini!

22. Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

23. Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

24. UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.

25. Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.

26. Dap, Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.

KOMEN MH: Inilah cerminan DAP kalau depa berkuasa nanti dibumi Malaysia. Layan orang melayu macam sampah 

Nik Aziz... Dah lah.. Dah lama dah.

1. Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

2. Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

3. Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

4. Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

5. Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

6. Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.

7. Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

8. Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

9. Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

10. Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?

11. Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

12. Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

13. Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

14. Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

15. Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.

16. Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz !!!! Dah lama dahhh.......