Wednesday 20 March 2013

Raja Arif - Sila ambil tindakan.




 



 

 
 
Ramai jugak yang email aku minta nak tengok gambar BMW nya.. takut aku tipu agaknya. gambar girlfriend dia taknak tengok ke? hehehe.
 
RASA-RASANYA MESO NI KENA BUANG DARI BTN TAK?
 
 

PM, Tolong Hapuskan BARUA dalam organisasi kerajaan- BTN

Assalamualaikum

Terdetik hati nak respon satu blog ayahanda aku yang aku respect sangat, dia ni ahli keris, kira memang orang lama la.. keriswarisan, dia pun repost balik blog dari rakan seperjuangan, http://sangkakalajari9.blogspot.com/, dan juga tunfaisal.blogspot.com - pasal kes ada org sengaja nak lagakan BTN dan UMB. Dan nampaknya baru-baru ni pun Perkasa dah mohon maaf secara terbuka kepada BTN ekoran ada post dari perkasa yang di ambil dr blog lain bercakap tentang biro tatanegara.

kalau nak tau lanjut baca blog keriswarisan berkenaan kes yg nak lagakan Unit Media Baru dengan BTN. aku juga dapat mesej yang sama waktu nak hadir ke BN cybertrooper hari tu. dan memang di sahkan yang mesej itu di terima daripada blogger sanggah tok janggut. apa yang aku tau, rata-rata semua blogger di Malaysia ni memang tak suka dengan perangai huduh dia ni. perasan bagus dan suka meroyan tak tentu pasal. kawan-kawan dia pun dah ramai yang lari dah. majoriti kata kalau nak hentam balik si rafi ni pun mungkin lepas election ni sebab sekarang ni nak tumpu PRU. Tapi lepas election ni habis lah engkau!!!!!

 
 

dan aku ada juga ikuti kes yg telah digembar gemburkan oleh sanggah tok janggut ni dan cuba mencari dan mengaitkan sandiwara apa yg dorang tgh mainkan skrg. memang semua maklum yang BTN ialah salah satu agensi yg sponsor Konevensyen Media Sosial 1Malaysia, di situ lah Rafi mula melibatkan diri dengan BTN. Aku dimaklumkan yang sekarang ni Rafi tgh marah dekat BTN sebab tak dapat projek sebab tu macam2 serangan dia buat, duit punya pasal bai. dan aku dapat maklumat yang kawan baik si rafi ni lah sebenarnya orang yang paling bahaya. aku sebut nama singkatan dia iaitu MESO. Meso lah yang menyebarkan fitnah2 yang salah tentang BTN dan semua pengurusan btn termasuklah pengarah-pengarah negeri. Rafi yang sahkan benda ni, semua orang dia nak hentam. bila dia sebarkan maklumat yang salah, dari dalam btn sendiri, orang luar dari BTN mestilah percaya kan.... macam sengaja nak megucar kacirkan BTN tu.

aku tak kenal rapat pun raja arif sebab geng2 btn aku adalah zaman pakdin dulu. tapi setakat aku tengok performance btn skrg, memang tak de masalah, sebab tu aku nampak serangan-serangan ni lebih kepada peribadi. aku yakin mereka di bayar oleh orang tertentu yang masing-masing nak kan seat panas KP BTN TU. ITU LAH YANG TERJADI PADA ZAMAN-ZAMAN SEBELUM NI PON. SEMUA YANG JADI KP AKAN DIHENTAM DAN DIFITNAH TERUK SAMPAI LAH DORANG TURUN, DAN DIGANTIKAN DENGAN ORANG LAIN..  pakgul pun kena lebih kurang gini jugak, kalau zaman pakgul, agaknya dah turun takhta beb!

org-org BTN tolong lah percaya pada aku, korang semua tak payahlah percaya dengan mulut manis MESO barua ni. bila berdepan dengan korang semua mulut, lidah. mata, semua manisssssssssssss tapi belakang korang asal boleh di pijaknya sampai mati. kalau nak aku bongkar kan hal penyelewengan dia ni, agaknya sekarang juga SPRM buka file siasat engko MESO..! aku tengok sampai sekarang takde plak SPRM pergi BTN. hubungan makin rapat adalah. ke aku yg salah tengok?

aku ada bukti yang MESO buat semua ni sebab duit. semua transaksi dia aku ada.. dia pakat heboh pi cita kat semua orang kata kekayaaan yang dia dapat sekarang adalah sebab keluarga dia memang dah kaya sebelum ni. hahahahahhaaaa tiga hari tiga malam aku gelak wehhhh. ko tak payahlah nak cakap engko kaya kalau bapak engko tu cuma JURULATIH SAMBILAN je dekat BTN. BERAPA RATUS SANGATLAH WEI MESO BAPAK KO DAPAT dari dulu, nak menyara engko sekeluarga. hahahahhaaa memang dah kaya lah ni?

sebab baru rasa apa itu KAYA, sebab tu lah sekarang meroyan nak pakai kereta besar. dulu nak pakai kereta pon tak mampu, baru kejap pakai GEN2, sekarang berangan nak pakai BMW LAHHHH WAKAKAKA. KALAU SETAKAT PAKAI YANG SECOND HAND TAK PAYAHLAH BOHHHHHHHH, BUAT HABIS DUIT ENGKO JE NAK BAYAR MINYAK HAHAHAHHAAHAHAAA. SEKARANG AKU TENGOK MAKIN TERUK DAH ANGAU NYA. ko sara dulu bapak engko elok2, baru lah pk pasal alphard ke, ducati ke, BMW KE hahahahahha. gred 41 dah pakai kereta mewah.. hmm lagi meragukan.
 
TAHUN 2011



TAHUN 2013 + BMW SEBIJIK HEHEHEHE.

 

itu satu. lagi satu, engko tak ingat ke yang dulu engko tu cuma TENAGA PENGGERAK BTN, tak lepas poooonn interview wahkahkahkahkahkahakah (aku memang tengah gelak ni), aku ulangi, interview pegawai engko tak lepas wehhh, ko memang tak layak weeeh. tapi bapak ko PAK HUSSIN tu merayu sampai keluar air mata darah dekat pak Gul, dia, suruh terima jugak engko yang memang tak layak pon jadi pegawai BTN. KALAU AKU JADI ENGKO WEH AKU MALUUUUUUUUUUUU MALUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebab diterima masuk dalam BTN atas dasar kesian, bukan sebab engko layak. Patutlah taktau perjuangan BTN tu apa. dikaburi dengan DUIT.

dan

KAKI PEREMPUAN. takyah buat-buat lupa pasal kaki perempuan ini. aku akan dedahkan. kesian mariamum engko. kahkahkah.



KELIHATAN DI SITU, SANGGAH TOK JANGGUT, SHAMSUL AZRA, SEORANG BEKAS PEGAWAI BTN, RINI DAN JUGA SEORANG PENGARAH CAWANGAN SEDANG BERDISKUSI. ADAKAH TGH PLAN STRATEGI NAK HENTAM BTN LAGI?

 

Sungguh bersemangat sekali nampaknya mereka sampai berdiri tak keruan. Sabo sabo, sungguh bersemangat nampaknya yeee. Siapakah pengarah cawangan itu? Adakah En. Sarilzaman? Hehehehehehehe

 




OK LAH SAMPAI SINI DULU CERITA MEROYAN AKU. SABAQ NA, ADA LAGI YANG AKAN DATANG. IZINKAN AKU PERGI JUMPA PAK HUSSIN DULU WAKAKAKAKAKA.


Aku nasihatkan supaya penjawat awam semua janganlah jadi macam pembangkang yang senang sangat terpengaruh dan tertipu dengan apa jugak fitnah, sampaikan keburukan je yang kita nampak.. kebaikan semua nak tolak kat tepi. dah nak PRU ni, kempen sikit. hehehee.

assalamualaikum.

Monday 18 March 2013

FAKTA DI SEBALIK INSIDEN LAHAD DATU

Zulkifli Jalil – BANYAK persoalan terus berlegar dalam benak fikiran rakyat Malaysia dalam isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas Sabah.
Ketika saki baki kumpulan pengganas Sulu sedang dihambat dan dikekang hebat oleh pasukan keselamatan di sebalik gugurnya 10 perwira negara, rakyat melahirkan rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku.
Paparan pendedahan media, portal berita dan laman web asing termasuklah daripada sumber-sumber keselamatan Manila dan daripada mulut Presiden Filipina, Benigno Aquino sendiri – mengungkapkan 1,001 persoalan atau tanda tanya akan punca insiden ini.
Ketika ramai berasa muak dengan komentar bersifat politik, adalah lebih wajar dan penting untuk orang ramai membezakan antara politik kepartian dan soal kenegaraan. Naluri patriotisme rakyat Malaysia kesan daripada peristiwa ini terus membesar.
Rakyat menganggap polemik yang dicetuskan pihak tertentu, sangat tidak wajar kerana sejumlah anggota keselamatan telah terkorban. Peristiwa itu kini menjadi satu kesedaran kolektif – patriotisme yang meningkat.
Sewajarnya kita memetakan peristiwa ini dengan pandangan yang matang dan rasional.
Sesungguhnya rakyat Malaysia percaya pasukan keselamatan dan pertahanan kita cukup kuat dan tidak seperti mana digambarkan melalui keupayaan penceroboh meloloskan diri.
Apa jua persoalan yang ditimbulkan akibat peristiwa pencerobohan ini boleh dibahaskan. Cuma, lebih tinggi nilai patriotismenya jika ia sebenarnya dapat memastikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara tidak diperkotak-katikkan oleh mereka yang berkepentingan.
Doa kita semua adalah untuk kedaulatan, keselamatan dan maruah setiap individu dan negara ini. Semoga anggota keselamatan dan pertahanan kita yang terkorban dirahmati.
Lahad Datu, barangkali jarang bermain dalam tutur kata perbualan harian kita. Tetapi kini kita semua ketahui sekurang-kurangnya di mana kedudukannya di Sabah.
Daripada perbualan masyarakat setempat, peristiwa pencerobohan itu kini menjadi isu nasional dan melewati antarabangsa.
Dengan kekuatan fakta, hujah, data dan analisis yang tepat, perkara remeh yang cuba dibangkitkan pihak berkepentingan dalam isu Lahad Datu akan tenggelam dengan sendirinya.
Pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari seperti disiarkan beberapa laman blog.
Dua belas perkara untuk renungan
1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.
2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.
7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi “Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut ‘Sabah bakal hilang’.
Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
“Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
“Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.
“Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.
9.“SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, ‘kerajaan’ Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod ‘buruk’ pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha ‘membebaskan’ wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.
11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan ‘skrip lama’ pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki…satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.
Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia ‘pulih serta-merta’.
12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

Tuesday 5 March 2013

KENYATAAN AKHBAR DSN ISU PENCEROBOHAN

 
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
 
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.