Thursday 20 October 2011

ANWAR IBRAHIM TAKNAK SUMPAH

Anti-DAP Club wrote:
Apabila PKR membuat pendedahan berhubung tiga dokumen yang kononnya menunjukkan bukti Mahathir telah menulis surat memohon bantuan daripada Bank Dunia, maka sekalian penyokong Pakatan bertempik sorak. Kata mereka, Mahathir sudah terkena. Mahathir telah dibuktikan menipu dan kata mereka lagi Anwar telah berjaya CHECKMATE Mahathir.
Namun dalam banyak-banyak 'keseronokan' yang dipamerkan oleh sekalian penyokong Anwar Ibrahim, ada satu 'adegan' yang amat menarik perhatian. Saranan agar Tun Mahathir bersumpah laknat untuk menafikan kewujudan ketiga-tiga dokumen berkenaan sememangnya amat melucukan.
Tun Mahathir dalam kenyataannya meragui ketulenan dokumen berkenaan. Apatah lagi, dokumen tersebut dikeluarkan pada saat Anwar Ibrahim sedang meniti hari-hari terakhir sebagai seorang yang bebas.
Dalam sepanjang sejarah Anwar Ibrahim dan PKR, tidak ada satu perkara pun yang tulen membabitkan mereka. Anwar Ibrahim dan mata lebamnya, merupakan satu lakonan meminta simpati. Anwar Ibrahim, arsenik dan virus HIV-AIDS, merupakan pembohongan paling besar. Anwar Ibrahim dengan tengkuk berbalut dan wajah orang yang sudah nazak dihambat sakratul maut pada BERSIH 2.0 walaupun dia sekadar melanggar pintu kaca, merupakan lakonan yang memalukan Anwar Ibrahim sendiri. Dan Anwar Ibrahim dengan gas pemedih mata yang kononnya disasarkan untuk membunuhnya, merupakan cerita dongeng untuk tidur yang nyenyak.
Sekarang, Anwar menerusi budaknya yang bernama Rafizi Ramli mengeluarkan tiga dokumen tersebut, dan penyokong Anwar meminta agar Tun Mahathir bersumpah laknat menafikan ketiga-tiga dokumen berkenaan?
Sepatutnya bukan Tun Mahathir yang bersumpah laknat menafikan ketulenan dokumen tersebut, sebaliknya pihak yang mengeluarkannya. Sepatutnya bukan Tun Mahathir yang diminta membuktikan ketulenan dokumen itu, sebaliknya orang yang mengeluarkannya kerana mereka sudah terbiasa melakukan penipuan dan REVERSED PSYCHOLOGY sepertimana yang didakwa terhadap Tun Mahathir.
Apatah lagi, cubaan mereka untuk mengelirukan PINJAMAN BANK DUNIA dengan RESCUE PACKAGE IMF sangat jelas, terutama untuk membantu Anwar Ibrahim yang sememangnya diketahui memuji-muji pakej penjajahan IMF pada tahun 1997 yang kemudian ditolak bulat-bulat oleh Mahathir, sekaligus mengeluarkan Malaysia daripada kemelut serangan penyangak matawang dan menghumban Anwar Ibrahim ke dalam peti sejuk sekalipun jawatan yang dipegangnya pada waktu itu adalah Menteri Kewangan.
Heret tangan Anwar Ibrahim dan paksa dia bersumpah laknat untuk memperakui ketulenan dokumen berkenaan. Apa yang susahnya untuk memperakui ketulenan dokumen tersebut menerusi sumpah laknat, berbanding JAM OMEGA yang sehingga kini belum dipertontonkan kepada awam. Sumpah laknat itu jauh lebih mudah berbanding sumpah laknat menafikan dirinya di dalam video seks yang cuba diuar-uarkan sebagai video seks Anwar yang tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia.