Tuesday, 5 March 2013

KENYATAAN AKHBAR DSN ISU PENCEROBOHAN

 
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
 
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik secara perundingan, usaha kita mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Thursday, 28 February 2013

MANIFESTO PR

JAMBATAN PAKATAN MENUJU PUTRAJAYA RUNTUH



SAYANG seribu kali sayang. Jambatan baru yang bakal menghubungkan Puchong/Cyberjaya ke Putrajaya nampaknya telah runtuh akibat kecuaian kontraktornya. Jambatan yang merupakan dibawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini dikhabarkan telah runtuh pagi tadi


Adakah ini juga salah UMNO? Adakah ini juga salah Najib?

Nampak sangat yang PKNS dibawah kerajaan pakatan Selangor tidak buat kerja dengan betul. Macam mana jambatan yang sudah siap 100% boleh runtuh sedangkan tiada satu kenderaan pun yang pernah melalui jalan tersebut.
Petanda awal dah nampak. Jambatan yang dibina oleh kerajaan pakatan ke Putrajaya telah runtuh menyembah bumi. Apa maknanya? Fikirkanlah....