Monday, 31 December 2012

Mogok Lapar 100 jam.

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama. 

Sunday, 30 December 2012

Nga dan 31 JUTAA

PENGERUSI DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming perlu menjelaskan sumber wang yang mereka diperolehi untuk membeli dan memiliki syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Mukim Relai, dekat Gua Musang, Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata rakyat ingin tahu bagaimana mereka memperolehi dana sebanyak RM31 juta bagi tujuan membeli syarikat tersebut.

"Mereka masih berdolak-dalih mengenai perkara ini dan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan isu lain pula.

"Cara paling terbaik ialah mereka perlu tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Perak di Pasar Raya Mydin, Meru Raya, dekat Ipoh hari ini.

Sementara itu, Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat, kesal dengan tindakan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming yang masih berdegil dan enggan memberi kenyataan kepada polis berhubung kes ugutannya terhadap beliau.

Menurutnya, pihak polis telah meminta Kor Ming tampil untuk memberi keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lalu.

"Sehingga hari ini, beliau gagal memberi keterangan berkaitan ugutan itu sebaliknya ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula yang tampil membuat laporan polis.

"Saya kecewa dengan sikap beliau itu dan jika saya telah membuat laporan palsu berhubung ugutan itu, maka Kor Ming sendiri yang patut buat laporan polis dan bukannya Sivakumar kerana pada masa itu, dia tidak ada di situ.

"Walaupun sudah diminta datang untuk memberi keterangan, Kor Ming tidak hadir dan difahamkan Timbalan Pendakwa Raya akan keluarkan arahan untuk meminta beliau hadir beri keterangan berhubung laporan polis saya terhadap ugutan yang dibuat olehnya," katanya.

Pada 22 Disember lalu, Hamidah membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan ugutan terhadapnya selepas mendedahkan skandal pemilikan tanah milik Kerajaan PAS Kelantan.

Saturday, 29 December 2012

PAS kata umno kafir- mengarut

“Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. 

“Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. 

“Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf.

“Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan." – Zainon Ismail atau Cikgu Non atau C.N.Al-Afghani, penulis buku berjudul “Kafirkah Aku?”

Cincin Emas: Mengapa puak Pas takut untuk mengulas kenyataan Cikgu Non ini? Hadi hanya pandai lempar batu, sekarang ajak main sorok-sorok pula. 

Sejak bila Presiden Pas yang dikatakan paling dungu ini menjadi bisu? 

Nik Aziz pula meminta Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesak menarik balik amanatnya lebih-lebih ahli dan penyokong Pas juga mula mempersoalkan perkara ini.

“Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT. Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah.” – Cikgu Non

Ahli Pas tiada DOSA? Diulangi, ahli Pas tiada DOSA? Sekali lagi, ahli Pas tiada DOSA?

Mengarut!

Sumber : Cincin Emas