Thursday, 23 August 2012
program usahawan kepada bekas tentera
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.
"Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.
Zahid berkata, mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.
Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk program-program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.
Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.—BERNAMA
Saturday, 31 December 2011
KEMPEN BEBASKAN ANWAR 901
Pemuda UMNO mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini.
Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebagai sebuah pertubuhan yang bermaruah, Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri dalam isu yang jelas mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara.
"Perancangan kempen membebaskan Anwar sudah diketahui umum, kenapa Majlis Peguam masih berdiam diri? Mereka harus jelaskan sama ada kempen itu selaras dengan undang-undang negara atau sebaliknya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Tegas Razali, dengan berdiam diri Majlis Peguam menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ketika negara berusaha memartabatkan institusi kehakiman.
"Tindakan Majlis Peguam boleh dilihat seperti membenarkan usaha 'penghakiman semula' Anwar dilakukan di luar sistem perundangan negara.
"Tindakan mengheret rakyat sebagai pelindung dan 'dinding' kepada Ketua Pembangkang adalah perbuatan yang langsung tidak menghormati sistem perundangan negara," katanya.
Sehubungan itu, Razali mengingatkan orang ramai khususnya generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam apa jua kempen pembebasan yang tidak berasas.
"Anwar sendiri tidak berusaha untuk mempertahankan diri atau menjelaskan perkara yang sebenar dalam kes liwatnya, jadi untuk apa kita mahu melindunginya," katanya.
Mengulas pembabitan generasi muda dalam kempen itu, beliau mencabar golongan itu supaya menyuarakan pendirian supaya tidak dilabel sebagai 'kuda tunggangan' Anwar.
"Generasi muda harus menolak dan menafikan segala tuduhan yang mengatakan mereka mudah diperalatkan untuk tujuan politik kerana mereka sebenarnya sudah cukup matang dalam membuat penilaian," katanya.

Wednesday, 28 December 2011
Cuepacs akhirnya bersetuju dengan skim gaji baru
PUTRAJAYA: Cuepacs telah menerima skim saraan baru untuk penjawat awam selepas iaberjaya mendapatkan persetujuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untukbeberapa tuntutan.
Antaranya adalah untuk sasaran prestasi untuk kenaikan gaji dan dasar keluar dikurangkandan mesyuarat dengan jabatan tiap-tiap tiga bulan untuk membincangkan secara terperinciskala gaji dan peningkatan gred di bawah skim ini.
Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata ia tidak akan menghalang penjawat awamdaripada mendaftar untuk skim baru - Skim Saraan Baru dalam Perkhidmatan Awam(SBPA).
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada penjawat awam Cuepacs akan terusberunding "terma-terma bermasalah" di bawah skim ini dengan jabatan walaupun selepasmereka telah mendaftar.
Apabila skim ini adalah pertama kali diumumkan, hanya penjawat awam yang skor lebihdaripada 75% pada penilaian prestasi mereka akan mendapat kenaikan gaji, manakalaorang-orang yang mendapat kurang daripada 70% akan dinilai oleh panel dan dimintameninggalkan jika mereka gagal untuk memperbaiki dalam tempoh enam bulan .
Kini, penjawat awam yang skor lebih daripada 65% pada penilaian prestasi mereka akan mendapat kenaikan gaji manakala mereka yang mempunyai kurang daripada 60% akandiminta untuk meninggalkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)