Thursday, 28 February 2013

JAMBATAN PAKATAN MENUJU PUTRAJAYA RUNTUH



SAYANG seribu kali sayang. Jambatan baru yang bakal menghubungkan Puchong/Cyberjaya ke Putrajaya nampaknya telah runtuh akibat kecuaian kontraktornya. Jambatan yang merupakan dibawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini dikhabarkan telah runtuh pagi tadi


Adakah ini juga salah UMNO? Adakah ini juga salah Najib?

Nampak sangat yang PKNS dibawah kerajaan pakatan Selangor tidak buat kerja dengan betul. Macam mana jambatan yang sudah siap 100% boleh runtuh sedangkan tiada satu kenderaan pun yang pernah melalui jalan tersebut.
Petanda awal dah nampak. Jambatan yang dibina oleh kerajaan pakatan ke Putrajaya telah runtuh menyembah bumi. Apa maknanya? Fikirkanlah....

Monday, 31 December 2012

Mogok Lapar 100 jam.

KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama. 

Sunday, 30 December 2012

Nga dan 31 JUTAA

PENGERUSI DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming perlu menjelaskan sumber wang yang mereka diperolehi untuk membeli dan memiliki syarikat Upayapadu Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Mukim Relai, dekat Gua Musang, Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata rakyat ingin tahu bagaimana mereka memperolehi dana sebanyak RM31 juta bagi tujuan membeli syarikat tersebut.

"Mereka masih berdolak-dalih mengenai perkara ini dan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan isu lain pula.

"Cara paling terbaik ialah mereka perlu tampil mendedahkan dan menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Perak di Pasar Raya Mydin, Meru Raya, dekat Ipoh hari ini.

Sementara itu, Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat, kesal dengan tindakan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming yang masih berdegil dan enggan memberi kenyataan kepada polis berhubung kes ugutannya terhadap beliau.

Menurutnya, pihak polis telah meminta Kor Ming tampil untuk memberi keterangan berhubung ugutan terhadap dirinya kerana mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lalu.

"Sehingga hari ini, beliau gagal memberi keterangan berkaitan ugutan itu sebaliknya ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula yang tampil membuat laporan polis.

"Saya kecewa dengan sikap beliau itu dan jika saya telah membuat laporan palsu berhubung ugutan itu, maka Kor Ming sendiri yang patut buat laporan polis dan bukannya Sivakumar kerana pada masa itu, dia tidak ada di situ.

"Walaupun sudah diminta datang untuk memberi keterangan, Kor Ming tidak hadir dan difahamkan Timbalan Pendakwa Raya akan keluarkan arahan untuk meminta beliau hadir beri keterangan berhubung laporan polis saya terhadap ugutan yang dibuat olehnya," katanya.

Pada 22 Disember lalu, Hamidah membuat laporan polis terhadap Kor Ming kerana mengeluarkan ugutan terhadapnya selepas mendedahkan skandal pemilikan tanah milik Kerajaan PAS Kelantan.