Tuesday, 25 December 2012

DAP tolong layan orang melayu baik-baik.

1. Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.

2. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

3. Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

4. Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.

5. Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.

6. Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.

7. Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut - Zairil Mohd Khir, yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar, seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.

8. Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.

Bumi dipijak milik orang


9. Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.

10. Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

11. Jika dilihat daripada evolusi Dap, ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

12. Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.

13. Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

14. Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan, Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.

15. Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.

16. Disebabkan ia anti-Melayu, maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

17. Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.

18. Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.

19. Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.

20. Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu.

21. Bayangkan betapa angkuh, sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini!

22. Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

23. Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

24. UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.

25. Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.

26. Dap, Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.

KOMEN MH: Inilah cerminan DAP kalau depa berkuasa nanti dibumi Malaysia. Layan orang melayu macam sampah 

Nik Aziz... Dah lah.. Dah lama dah.

1. Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

2. Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

3. Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

4. Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

5. Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

6. Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.

7. Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

8. Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

9. Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

10. Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?

11. Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

12. Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

13. Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

14. Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

15. Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.

16. Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz !!!! Dah lama dahhh.......

Sunday, 23 December 2012

Pembelaan kepada bekas tentera

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

"Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zahid berkata, mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.

Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk program-program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.

Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.—BERNAMA

Saturday, 22 December 2012

AMANAT HAJI HADI

Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :- 
Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.
Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)
2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.
3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional).
4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
       (UMNO- Barisan Nasional).
5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).
6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.
7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat
       orang Pas.
8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
      tuhan amalan itu daripada mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-
1).  Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff -
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2).  Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3).  Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4).  Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6).  Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7).  Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -
       Iman Besat Masjid Muhammadi.
8).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan  
      (JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, pada 15 Jamadil Akhir 1401.